Dah lama
rasanya tak update blog..huhu..maklumlah sibuk dengan assignment lagi, dengan
bisnes lagi. Macam-macam nak kena urus. Sedar tak sedar sekarang ni dah masuk
semester 5. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Dalam masa 2 bulan lagi je
nak final exam. Fuhh memang gementar nak hadapi final exam ni.
Baru-baru ni saya menonton sebuah filem Hindustan. Dah lama
rasanya tak layan cerita Bollywood. Accually menonton filem ni termasuk dalam
tugasan untuk subjek Kaunseling Pelbagai Budaya. Cerita yang dijadikan kajian
ialah sebuah filem arahan Amir Khan yang bertajuk Taare Zameen Par. Saya
sebenarnya bukan penggemar filem Bollywood. Tapi lepas tengok cerita ni, memang
rasa best sangat. Banyak pengajaran yang boleh dicontohi dan berguna untuk
bakal pendidik terutamanya kaunselor.
Refleksi
1) Impak terhadap
diri
Saya
telah menonton filem ini sebanyak dua kali. Pada kali pertama saya hanya
menonton untuk melihat jalan cerita yang dipaparkan di dalam filem. Setelah
mengetahui jalan cerita filem ini saya telah menonton filem ini buat kali yang
kedua. Saya berasa sangat sedih bermula dari babak dimana Ishan dimarahi oleh
guru kerana gagal membaca petikan di dalam buku. Saya terkenang peristiwa
ketika saya mengajar anak saudara saya yang berusia tujuh tahun. Saya sering
mendenda dan memarahinya apabila dia gagal menjawab soalan dengan baik. Tujuan
saya memarahinya adalah supaya dia lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Pernah suatu ketika dia menangis kerana telah dimarahi oleh saya. Saya berasa sangat simpati namun saya hanya
ingin dia menjadi seorang yang bijak . Setelah menonton file mini barulah saya
sedar bahawa keupayaan seseorang pelajar itu adalah tidak sama. Ada pelajar
yang cepat belajar dan ada juga pelajar yang memerlukan masa untuk faham
sesuatu perkara. Saya berasa kesal kerana tidak menggunakan pendekatan yang
lebih baik untuk mendidik seseorang.
Saya
juga berasa sangat kesal dengan sikap guru-guru yang tidak memberi layanan yang
baik kepada Ishan. Mereka menganggap Ishan seorang pelajar yang degil dan malas
tanpa mereka sedari Ishan sebenarnya menghadapi masalah disleksia. Disleksia
adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia
mempunyai masalah untuk menguasai proses pembelajaran walaupun mereka telah
berusaha bersungguh-sungguh. Kanak-kanak disleksia ini akan menghadapi
kesukaran untuk membaca, menulis, mengira dan memahami sesuatu perkara. Saya
juga berasa sangat terharu melihat kesungguhan ibu Ishan dalam mendidik Ishan
dan abangnya. Hal ini mengingatkan saya kepada ibu saya yang turut sama
bersusah payah dalam membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Tugas sebagai
seorang surirumah bukanlah suatu tugasan yang mudah. Mereka perlu bangun di
awal pagi untuk menyiapkan sarapan dan keperluan ahli keluarga yang lain.
Walaupun tugas mereka hanyalah di rumah, namun beban tugasan kerja yang perlu
disiapkan adalah lebih rumit dan berat. Saya juga berasa sangat kagum melihat
cara layanan ibu Ishan kepadanya. Pada pandangan saya seorang ibu yang
penyayang akan menerima segala kekurangan anaknya dan bersedia untuk melindungi
anaknya pada bila-bila masa. Apa yang saya pelajari daripada filem ini ialah
tugas seorang ibu itu bukanlah mudah dan sememangnya memerlukan tahap kesabaran
yang tinggi.
Selain
itu filem ini juga memberi impak dari sudut pemikiran saya. Gaya permikiran
yang positf perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, guru
sementara tersebut berfikiran positif dengan sanggup menggalas tanggungjawab
untuk mengajar Ishan tanpa bantuan dari guru lain. Pemikiran positif mampu
mengubah sesuatu yang tidak baik kepada situasi yang lebih baik. Hal ini
sedikit sebanyak telah mengajar saya bahawa pemikiran yang positif penting
untuk membentuk sikap yang baik. Filem ini juga banyak memaparkan nilai-nilai
positif yang ditunjukkan oleh guru sementara tersebut dan nilai positif ini
seharusnya dijadikan contoh.
No comments:
Post a Comment