Pages

Wednesday, November 20, 2013

Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam?

                                     


Sejak kebelakangan ini, video dan cerita berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.
Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana akibat kemalangan.
Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas beliau pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di situ.
Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke  kubur. Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid. Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah.~ AL-FATIHAH~ MAY ALLAH BLESS HIM IN JANNAH~

Friday, November 15, 2013

My Experience~




Assalamualaikum~


Bila cerita pasal pengalaman mesti semua orang ada pengalaman kan. Sama ada best dengan tak best jer. So far banyak sangat pengalaman yang saya lalui sepanjang hidup. Ada suka, ada duka. Pengalaman-pengalaman ni lah yang banyak mendidik diri saya jadi matang (IYE KER MATANG??? MCM X JER).. Siyes matang ok. Asalkan kita positif, so semua will be ok..

Hari ni saya nak share pasal satu pengalaman yang sangat bermakna sepanjang sem 5 ni. Pengalaman beharga ni saya dapat sebab nak siap kan tugasan sebenarnya. Masa mula-mula dapat tugasan ni rasa macam alahai susahnya (Sangat negatif, xbagus yer). Tugasan yang saya dapat ialah buat satu program dengan pelajar sekolah. Satu group ada tiga orang ahli. So semua orang kena bekerja untuk laksanakan program ni. 1st sekali saya dengan ahli kumpulan bincang nak buat program kat sekolah mana. Kami prefer sekolah luar dari Tg. Malim. Hasil perbincangan kami pilih SMK. BANDAR SUNGAI BUAYA. Sekolah ni terletak di area Rawang. 1st time kami pergi sekolah ni sesat jugak. Yela masing-masing tak pernah pegi pon. Dekat sejam jugak nak sampai. Sampai je kat sana kitaorang jumpa dengan kaunselor sekolah tu . Siyes kaunselor sekolah sangat cantik, lembut dan peramah. Memang senangla nak berurusan dengan kaunselor sekolah tu. Kaunselor tu jugak, bekas student UPSI. So mudahla untuk kami bincang dan minta pendapat. 

Hasil perbincangan, pihak kaunselor minta kami buat program 'PENGURUSAN STRESS'. Pihak sekolah cadangkan kami jadikan pelajar tingkatan tiga untuk jadi peserta sebab masa tu pelajar lain sibuk dengan peperiksaan dan sebagainya. Jadi kami setuju dan rancang untuk buat program pada 25.10.2013.
Hampir setiap minggu kami buat perjumpaan untuk bincang tentang aktiviti, bahan dan sebagainya. Pada mulanya saya rasa agak berat untuk kami handle program ni atas sebab kekurangan fasilitator. Kami perlu jalankan aktiviti kepada 80 orang pelajar. Macam-macam aktiviti kami pikirkan untuk laksanakan program ni. Disebabkan kami tak dibenarkan jalankan program dalam kawasan bangunan sekolah, atas sebab peperiksaan sedang berlangsung, kami pun plan untuk buat aktiviti explorerace. Masa hari kejadian saya rasa gementar sangat. Sebelum ni memang dah pernah terlibat sebagai fasilitator, tapi rasa risau pulak tiba-tiba. Sampai je kat sekolah, kaunselor maklumkan pelajar yang nak join semuanya ada dalam 100 lebih orang. WAU....ramainya..hehehe. 1st sekali bila sampai kami perkenalkan diri pada pelajar-pelajar. Semua pelajar nampak bersemangat sangat. Mungkin sebab exam pun dah habis jadi dorang nak enjoy.

Apa yang saya nak kongsikan, saya rasa sangat seronok bila semua aktiviti sepanjang program berjalan dengan lancar. Program selama lebih kurang enam jam yang kami jalankan tak rasa letih bila semua pelajar enjoy dan nampak hepi sangat. Bila buat program dengan pelajar sekolah ni perkara paling penting kena banyak bersabar. Yela dalam ramai-ramai tu mesti ada yang aktif dan ada yang pasif. So peranan fasi la untuk tarik minat pelajar join aktiviti. Kadang-kadang perlu jadi tegas tapi dalam masa yang sama perlu pandai melayan pelajar ni.Bila dapat feedback positif dari pelajar, saya rasa sangat hepi sebab dah berjaya buat sesuatu yang berguna untuk pelajar-pelajar tu. Lepas ni saya harap dapat lagi buat aktiviti macam ni.

Kak Ton, Abg Tam N Kak Nisa

Sekolah ni cantik & bersih


KESIAN DORANG..MASING-MASING PENAT BARU HABIS
AKTIVIT

Kak Ton sedang kendalikan modul

Pelajar tengah siapkan modul "T"


Gigihnya dorang semua

Modul yang saya kendalikan "KG. PODOPO"
Pelajar gigih lukis peta


Cenderahati dari pihak sekolah





Tuesday, November 12, 2013

Taare Zameen Par

ASSALAMUALAIKUM,


Dah lama rasanya tak update blog..huhu..maklumlah sibuk dengan assignment lagi, dengan bisnes lagi. Macam-macam nak kena urus. Sedar tak sedar sekarang ni dah masuk semester 5. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Dalam masa 2 bulan lagi je nak final exam. Fuhh memang gementar nak hadapi final exam ni.

Baru-baru ni saya menonton sebuah filem Hindustan. Dah lama rasanya tak layan cerita Bollywood. Accually menonton filem ni termasuk dalam tugasan untuk subjek Kaunseling Pelbagai Budaya. Cerita yang dijadikan kajian ialah sebuah filem arahan Amir Khan yang bertajuk Taare Zameen Par. Saya sebenarnya bukan penggemar filem Bollywood. Tapi lepas tengok cerita ni, memang rasa best sangat. Banyak pengajaran yang boleh dicontohi dan berguna untuk bakal pendidik terutamanya kaunselor. 

Refleksi

1) Impak terhadap diri
Saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali. Pada kali pertama saya hanya menonton untuk melihat jalan cerita yang dipaparkan di dalam filem. Setelah mengetahui jalan cerita filem ini saya telah menonton filem ini buat kali yang kedua. Saya berasa sangat sedih bermula dari babak dimana Ishan dimarahi oleh guru kerana gagal membaca petikan di dalam buku. Saya terkenang peristiwa ketika saya mengajar anak saudara saya yang berusia tujuh tahun. Saya sering mendenda dan memarahinya apabila dia gagal menjawab soalan dengan baik. Tujuan saya memarahinya adalah supaya dia lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran. Pernah suatu ketika dia menangis kerana telah dimarahi oleh saya.  Saya berasa sangat simpati namun saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bijak . Setelah menonton file mini barulah saya sedar bahawa keupayaan seseorang pelajar itu adalah tidak sama. Ada pelajar yang cepat belajar dan ada juga pelajar yang memerlukan masa untuk faham sesuatu perkara. Saya berasa kesal kerana tidak menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk mendidik seseorang.
Saya juga berasa sangat kesal dengan sikap guru-guru yang tidak memberi layanan yang baik kepada Ishan. Mereka menganggap Ishan seorang pelajar yang degil dan malas tanpa mereka sedari Ishan sebenarnya menghadapi masalah disleksia. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah untuk menguasai proses pembelajaran walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Kanak-kanak disleksia ini akan menghadapi kesukaran untuk membaca, menulis, mengira dan memahami sesuatu perkara. Saya juga berasa sangat terharu melihat kesungguhan ibu Ishan dalam mendidik Ishan dan abangnya. Hal ini mengingatkan saya kepada ibu saya yang turut sama bersusah payah dalam membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Tugas sebagai seorang surirumah bukanlah suatu tugasan yang mudah. Mereka perlu bangun di awal pagi untuk menyiapkan sarapan dan keperluan ahli keluarga yang lain. Walaupun tugas mereka hanyalah di rumah, namun beban tugasan kerja yang perlu disiapkan adalah lebih rumit dan berat. Saya juga berasa sangat kagum melihat cara layanan ibu Ishan kepadanya. Pada pandangan saya seorang ibu yang penyayang akan menerima segala kekurangan anaknya dan bersedia untuk melindungi anaknya pada bila-bila masa. Apa yang saya pelajari daripada filem ini ialah tugas seorang ibu itu bukanlah mudah dan sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Selain itu filem ini juga memberi impak dari sudut pemikiran saya. Gaya permikiran yang positf perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, guru sementara tersebut berfikiran positif dengan sanggup menggalas tanggungjawab untuk mengajar Ishan tanpa bantuan dari guru lain. Pemikiran positif mampu mengubah sesuatu yang tidak baik kepada situasi yang lebih baik. Hal ini sedikit sebanyak telah mengajar saya bahawa pemikiran yang positif penting untuk membentuk sikap yang baik. Filem ini juga banyak memaparkan nilai-nilai positif yang ditunjukkan oleh guru sementara tersebut dan nilai positif ini seharusnya dijadikan contoh.





Thursday, January 3, 2013

Modul Membaca Pantas


Tema modul   : Membaca pantas
Nama aktiviti : ‘skimming  and scanning skill’
Masa                  :1 jam
Alatan               : Pensel, pen, bahan bacaan dan kertas A4
Objektif            : Setelah menjalani aktiviti ini pelajar akan   dapat:
      1.      Menjimatkan masa membaca
      2.       Menggambarkan isi kandungan bahan bacaan
Bahagian 1:Skimming

Langkah :
1.     Pelajar  dan fasilator akan duduk dalam bentuk bulatan.
2.    Fasilitator akan memberi penerangan mengenai teknik membaca secara pantas.
 3.  Aktiviti dimulakan dengan melakukan latihan otot mata.  Gerakkan bola mata dalam keadaan pejam ke atas dan ke bawah dan kemudian ke kiri dan ke kanan.
4. Kemudian, fasilitator akan menunjukkan cara melatih pheriperal mata.  Latihan ini memerlukan pelajar mengarahkan pandangan mata mengikut pergerakan jari telunjuk di depan mata.  Latihan ini dilakukan tanpa menggelengkan kepala.
5. Seterusnya pelajar akan membuat latihan penafasan dengan menarik nafas panjang dan menghembuskannya secara perlahan-lahan dalam keadaan postur badan yang tegak.
6.    Setelah menyelesaikan latihan yang diajarkan, pelajar akan diberikan bahan bacaan.
7.     Bahan bacaan tersebut akan dibahagikan kepada tiga lajur (columns).
8.    Pelajar dikehendaki membaca 3 perkataan sepintas lalu tanpa menyebut perkataan tersebut dan menggunakan jari sebagai penunjuk.
9. Kemudian pelajar digalakkan untuk menggandakan bilangan perkataan pada perenggan seterusnya.  Pergerakan jari haruslah sedikit laju dari pergerakan pada perenggan pertama.


Bahagian 2: Scanning
Langkah:
1.       Pelajar diminta untuk membaca petikan menggunakan teknik skimming yang telah dipelajari.
2.       Sambil membaca, pelajar perlu menggariskan isi penting yang terdapat dalam petikan tersebut.
3.       Pelajar juga diminta untuk memberikan perhatian kepada rajah atau grafik yang terdapat dalam bahan bacaan.
4.       Akhir sekali, pelajar diminta untuk merumuskan bahan bacaan tersebut.

Falsafah :
1.       Masa itu emas
2.       Teknik bacaan yang betul mampu menjimatkan masa serta membantu pelajar memilih kandungan yang bermakna.



    Hi..... Modul Membaca Pantas ni merupakan assignment aq bagi subjek  Kelompok Berstruktur. Masa mula dapat tajuk ni aq punya la stress sampai tak lalu makan, tak tidur, tak online fb semata-mata sebab pikir nak buat modul apa la dengan tajuk yang membosankan tu (AYAT MENGANDUNGI UNSUR PENIPUAN).Lepas dari tu try la jugak guna khidmat en.google mana taw boleh dapat modul yang best. Hasil pencarian selama beberapa hari dapat la sikit info yang boleh diselitkan dalam modul. tapi masalahnya modul ni membosankan. memang tido la ahli aq dalam sesi modul ni. CHOIIIIII....Tapi aq buat jugaklah draft modul ni berbekalkan ilmu yang ada.Dalam hati memang yakin draft ini pasti akan direject oleh Cik Faizura. setelah tiba hari dimana semua student kena tunjuk draft ni aq pon dengan hati yang gundah bawa la draft ni jumpa Cik Fai. Mula-mula draft ni tak nak ikut,tapi setelah aq slow talk dengan dia barulah dia sedar bahawa "manusia tak boleh lari dari masalah,oleh itu selesaikannya dengan cara paling berhemah". Guest what, sebenarnya draft modul yang aq buat tak kena reject pon. setelah Cik Fai baca draft yang aq buat tu beliau terima, cumanya kena buat penambahbaikan la supaya modul tu menjadi lebih bertamadun (ayat apekah?). lastly, selepas bertungkus lumus memerah otak untuk menghasilkan modul maka terhasillah modul seperti yang diatas..hahahaha. Memang seronok sangat dapat jalankan modul ni bersama ahli-ahli yang begitu sporting. Part paling best masa senaman otot mata. Mata masing-masing dah macam ape dah. Ada yang sampai pening (over jer ahli ni). Lepas ni ahli-ahli dalam kelompok ni semuanya akan dapat menguasai kemahiran membaca pantas sebab dah diajar oleh fasi yang sangat sopan dan lemah-lembut. Okies akhir sekali ucapan terima kasih diucapkan kepada Cik Fai sebab banyak bagi tunjuk ajar, tak lupa kepada rakan-rakan terutamanya ahli dalam modul Cik Maton TomeyCik SarasektobinCik Nani Cyg, Azimah, Wong , dan Hanizam sebab sudi bagi kerjasama.Lov u allz...

Gadis-gadis


Fasilitator terlebih gula