Pages

Tuesday, April 8, 2014

Doa untuk Ibu Bapa





Rasulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu.. 
( tak kira masih hidup atau telah tiada )" 
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu... 

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang
hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada
kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. .....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa
kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. 
Berbaktilah kepada kedua orang tua kita selagi mereka masih hidup
tidak terkira jasa mereka dalam menjaga kita sehingga dewasa
ayah keluar pagi pulang malam demi menyara keluarga. ibu tidak pernah habis kerjanya dirumah
untuk memastikan anak-anak mendapat keperluan yang cukup. janganlah bersedih jika kedua ibu dan bapa tidak dapat memberikan kemewahan kepada kita kerana mereka sanggup tidak berbaju baru, memakai perhiasan emas demi membesarkan anak-anak.
jika kita dalam kesusahan hanya keluargalah yang sudi menghulurkan bantuan dan menanggung kesusahan bersama-sama
janganlah menyakiti hati ibu bapa kerana mereka telah berjasa kepada kita sejak dari kecil tanpa meminta balasan
kenanglah jasa ibu bapa, jauhi sifat riak dan takbur
anak-anak yang lupa kepada jasa ibu bapa yang telah menjaga serta mendidiknya sudah pasti mendapat balasan, jangan terkejut jika bila sudah tua anak sendiri melayan kita dengan lebih teruk. hal ini kerana Allah sudah menjanjikan setiap perbuatan akan biberi balasan

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Amin ya Rabbal 'Alamin. ..."

 (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah
bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 

Monday, April 7, 2014

Tanggungjawab MENANTU & MERTUA


Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita, secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua. Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri. Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.
Hari ini, ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.
Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua,mereka mesti menghormati ibu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.
Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan oleh menantu lelaki.Mengabaikan seorang dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri di abaikan oleh si suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam.
Bagi sesetengah pasangan,permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri. Meskipun di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga,maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi,contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.
Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua? Apa yang perlu dilakukan terhadap mereka? Mesti ada pro dan kontranya.
Sebagai menantu perempuan kita kena beralah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap ibu bapanya, ibu bapa mertua,dan keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjadi anak dan suami yang soleh.
Sekiranya ada apa-apa perbincangan dan permuafakatan perlu ada,agar tiada hati yang akan terluka. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami, mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh.Dan untuk mencapai hasrat itu, suami itu perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.
Ada juga mertua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak menantu bercerai-berai. Namun tidak dinafikan, kadang-kadang ianya bergantung kepada anak itu sendiri yang terlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.
Persoalannya, bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni?
**Cara mewujudkan hubungan yang baik
Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:
~ Tips Buat MENANTU
1. Berdamai dengan diri sendiri:
- Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.
Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan: ”change your thoughts and you will change your world”. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.
Sebagai contoh masyarakat selalu melemparkan persepsi yang salah terhadap mertua seperti: mertua harus dijauhi dan tidak perlu mewujudakan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan berbgai-bagai prasangka yang lain. Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pemikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.
2. Mula belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:
- Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki buaya keluarga yang berbeza. Yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menyentuh hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentuk karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin antara orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan ,pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak,sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik,segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya, baik terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.
3. Menyamakan ibu bapa pasangan dengan ibu atau bapa sendiri
- Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibu dan bapanya. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.
Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita. Justeru iti, menantu haruslah menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya kepada ibu bapa mertua sama seperti mentaati ibu bapa sendiri. Sikap menantu yang hanya menjaga keluarga sendiri secara tidak langsung akan membina jurang antara keluarga mertua.
Menantu juga hendaklah menunjukkan siakp bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.
4. Tanggungjawab
Sekiranya pasangan baru mendirikan rumah tangga dan memilih untuk tinggal bersama mertua, menantu lelaki seharusnya menyediakan segala keperluan isteri supaya tidak membebankan lagi keluarga mertua.Keperluan ini termasuklah pakaian, makanan dan sebagainya untuk kegunaan isteri.  Sebagai suami, adalah menjadi kewajipan untuk mereka dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri sendiri. Namun terdapat segelintir menantu yang kurang bertanggungjawab iaitu dengan tidak menghiraukan keperluan keluarga. Sebagai contoh, menantu beranggapan tinggal di rumah mertua lebih jimat kerana tidak perlu membayar sewa rumah, bil air dan elektrik, keperluan dapur dan sebagainya kerana rumah mertua sudah lengkap dengan segala keperluan. Hal ini jelas menunjukkan tiada sikap bertanggungjawab dalam diri menantu kerana hanya mengambil kesempatan ke atas mertua. Menantu yang bertanggjawab perlu menyediakan juga keperluan dapur dan sebagainya kerana sememangnya tanggungjawab itu terletak di bahu mereka. Jangan membebankan keluarga isteri kerana tanggungjawab mereka untuk menyara anak perempuan mereka sudah berpindah kepada si suami. Namun kini, kebanyak keluarga isteri masih perlu menyara anak sendiri malah terpaksa menyara menantu lelaki kerana tiada sikap bertanggjawab dalam diri anak menantu. Sikap menantu lelaki yang hanya menyara keluarga kandung adalah tidak mencerminkan lelaki itu seorang yang bertanggjawab. Hal ini kerana kebajikan terhadap mertua juga perlu dititikberatkan.sebagai menantu yang baik, si menantu perlulah mesra dengan keluarga mertua. Sikap menantu yang sombong akan mencetuskan rasa tidak puas hati mertua. sebagai contoh, menantu hanya terperap di dalam bilik dan langsung tidak memperdulikan keluarga mertua.


~ Tips Buat MERTUA
1. Penghargaan kita kepada menantu itu.
- Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian Namun, jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha kearah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai.
2. Memberi ruang kepada anak menantu menentukan arah dan perjalanan kehidupan berumahtangga mereka.
- Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya,mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua,kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak,tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.
3. Mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga.
- Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka.Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda.Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam,kita boleh menerima saranan mereka.
4. Erat silaturrahim dengan keluarga menantu.
- Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada.Dengan cara ini,secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.
5. Mengambil tahu apa yang disukai menantu
- Mertua juga perlulah mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya.
6. Mengambil berat terhadap menantu
- Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.
7. Tidak membeza-bezakan menantu dengan anak kandung.
- Mertua yang baik adalah mertua yang tidak membeza-bezakan anak sendiri dengan menantu. Jika mertua telah menerima pilihan anaknya, maka mertua perlulah bertindak melayan menantu seperti anak sendiri. Jangan sesekali melebihkan anak sendiri dari menantu sehingga membuatkan menantu berkecil hati. Mertua harus menyayangi menantu sama seperti anak sendiri. Sikap mertua yang kurang menunjukkan kasih sayang terhadap menantu tidak dapat membentuk keluarga yang harmoni.
sumber: Facebook

Wednesday, November 20, 2013

Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam?

                                     


Sejak kebelakangan ini, video dan cerita berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.
Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana akibat kemalangan.
Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas beliau pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di situ.
Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke  kubur. Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid. Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah.~ AL-FATIHAH~ MAY ALLAH BLESS HIM IN JANNAH~

Friday, November 15, 2013

My Experience~




Assalamualaikum~


Bila cerita pasal pengalaman mesti semua orang ada pengalaman kan. Sama ada best dengan tak best jer. So far banyak sangat pengalaman yang saya lalui sepanjang hidup. Ada suka, ada duka. Pengalaman-pengalaman ni lah yang banyak mendidik diri saya jadi matang (IYE KER MATANG??? MCM X JER).. Siyes matang ok. Asalkan kita positif, so semua will be ok..

Hari ni saya nak share pasal satu pengalaman yang sangat bermakna sepanjang sem 5 ni. Pengalaman beharga ni saya dapat sebab nak siap kan tugasan sebenarnya. Masa mula-mula dapat tugasan ni rasa macam alahai susahnya (Sangat negatif, xbagus yer). Tugasan yang saya dapat ialah buat satu program dengan pelajar sekolah. Satu group ada tiga orang ahli. So semua orang kena bekerja untuk laksanakan program ni. 1st sekali saya dengan ahli kumpulan bincang nak buat program kat sekolah mana. Kami prefer sekolah luar dari Tg. Malim. Hasil perbincangan kami pilih SMK. BANDAR SUNGAI BUAYA. Sekolah ni terletak di area Rawang. 1st time kami pergi sekolah ni sesat jugak. Yela masing-masing tak pernah pegi pon. Dekat sejam jugak nak sampai. Sampai je kat sana kitaorang jumpa dengan kaunselor sekolah tu . Siyes kaunselor sekolah sangat cantik, lembut dan peramah. Memang senangla nak berurusan dengan kaunselor sekolah tu. Kaunselor tu jugak, bekas student UPSI. So mudahla untuk kami bincang dan minta pendapat. 

Hasil perbincangan, pihak kaunselor minta kami buat program 'PENGURUSAN STRESS'. Pihak sekolah cadangkan kami jadikan pelajar tingkatan tiga untuk jadi peserta sebab masa tu pelajar lain sibuk dengan peperiksaan dan sebagainya. Jadi kami setuju dan rancang untuk buat program pada 25.10.2013.
Hampir setiap minggu kami buat perjumpaan untuk bincang tentang aktiviti, bahan dan sebagainya. Pada mulanya saya rasa agak berat untuk kami handle program ni atas sebab kekurangan fasilitator. Kami perlu jalankan aktiviti kepada 80 orang pelajar. Macam-macam aktiviti kami pikirkan untuk laksanakan program ni. Disebabkan kami tak dibenarkan jalankan program dalam kawasan bangunan sekolah, atas sebab peperiksaan sedang berlangsung, kami pun plan untuk buat aktiviti explorerace. Masa hari kejadian saya rasa gementar sangat. Sebelum ni memang dah pernah terlibat sebagai fasilitator, tapi rasa risau pulak tiba-tiba. Sampai je kat sekolah, kaunselor maklumkan pelajar yang nak join semuanya ada dalam 100 lebih orang. WAU....ramainya..hehehe. 1st sekali bila sampai kami perkenalkan diri pada pelajar-pelajar. Semua pelajar nampak bersemangat sangat. Mungkin sebab exam pun dah habis jadi dorang nak enjoy.

Apa yang saya nak kongsikan, saya rasa sangat seronok bila semua aktiviti sepanjang program berjalan dengan lancar. Program selama lebih kurang enam jam yang kami jalankan tak rasa letih bila semua pelajar enjoy dan nampak hepi sangat. Bila buat program dengan pelajar sekolah ni perkara paling penting kena banyak bersabar. Yela dalam ramai-ramai tu mesti ada yang aktif dan ada yang pasif. So peranan fasi la untuk tarik minat pelajar join aktiviti. Kadang-kadang perlu jadi tegas tapi dalam masa yang sama perlu pandai melayan pelajar ni.Bila dapat feedback positif dari pelajar, saya rasa sangat hepi sebab dah berjaya buat sesuatu yang berguna untuk pelajar-pelajar tu. Lepas ni saya harap dapat lagi buat aktiviti macam ni.

Kak Ton, Abg Tam N Kak Nisa

Sekolah ni cantik & bersih


KESIAN DORANG..MASING-MASING PENAT BARU HABIS
AKTIVIT

Kak Ton sedang kendalikan modul

Pelajar tengah siapkan modul "T"


Gigihnya dorang semua

Modul yang saya kendalikan "KG. PODOPO"
Pelajar gigih lukis peta


Cenderahati dari pihak sekolah





Tuesday, November 12, 2013

Taare Zameen Par

ASSALAMUALAIKUM,


Dah lama rasanya tak update blog..huhu..maklumlah sibuk dengan assignment lagi, dengan bisnes lagi. Macam-macam nak kena urus. Sedar tak sedar sekarang ni dah masuk semester 5. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Dalam masa 2 bulan lagi je nak final exam. Fuhh memang gementar nak hadapi final exam ni.

Baru-baru ni saya menonton sebuah filem Hindustan. Dah lama rasanya tak layan cerita Bollywood. Accually menonton filem ni termasuk dalam tugasan untuk subjek Kaunseling Pelbagai Budaya. Cerita yang dijadikan kajian ialah sebuah filem arahan Amir Khan yang bertajuk Taare Zameen Par. Saya sebenarnya bukan penggemar filem Bollywood. Tapi lepas tengok cerita ni, memang rasa best sangat. Banyak pengajaran yang boleh dicontohi dan berguna untuk bakal pendidik terutamanya kaunselor. 

Refleksi

1) Impak terhadap diri
Saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali. Pada kali pertama saya hanya menonton untuk melihat jalan cerita yang dipaparkan di dalam filem. Setelah mengetahui jalan cerita filem ini saya telah menonton filem ini buat kali yang kedua. Saya berasa sangat sedih bermula dari babak dimana Ishan dimarahi oleh guru kerana gagal membaca petikan di dalam buku. Saya terkenang peristiwa ketika saya mengajar anak saudara saya yang berusia tujuh tahun. Saya sering mendenda dan memarahinya apabila dia gagal menjawab soalan dengan baik. Tujuan saya memarahinya adalah supaya dia lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran. Pernah suatu ketika dia menangis kerana telah dimarahi oleh saya.  Saya berasa sangat simpati namun saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bijak . Setelah menonton file mini barulah saya sedar bahawa keupayaan seseorang pelajar itu adalah tidak sama. Ada pelajar yang cepat belajar dan ada juga pelajar yang memerlukan masa untuk faham sesuatu perkara. Saya berasa kesal kerana tidak menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk mendidik seseorang.
Saya juga berasa sangat kesal dengan sikap guru-guru yang tidak memberi layanan yang baik kepada Ishan. Mereka menganggap Ishan seorang pelajar yang degil dan malas tanpa mereka sedari Ishan sebenarnya menghadapi masalah disleksia. Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah untuk menguasai proses pembelajaran walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Kanak-kanak disleksia ini akan menghadapi kesukaran untuk membaca, menulis, mengira dan memahami sesuatu perkara. Saya juga berasa sangat terharu melihat kesungguhan ibu Ishan dalam mendidik Ishan dan abangnya. Hal ini mengingatkan saya kepada ibu saya yang turut sama bersusah payah dalam membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Tugas sebagai seorang surirumah bukanlah suatu tugasan yang mudah. Mereka perlu bangun di awal pagi untuk menyiapkan sarapan dan keperluan ahli keluarga yang lain. Walaupun tugas mereka hanyalah di rumah, namun beban tugasan kerja yang perlu disiapkan adalah lebih rumit dan berat. Saya juga berasa sangat kagum melihat cara layanan ibu Ishan kepadanya. Pada pandangan saya seorang ibu yang penyayang akan menerima segala kekurangan anaknya dan bersedia untuk melindungi anaknya pada bila-bila masa. Apa yang saya pelajari daripada filem ini ialah tugas seorang ibu itu bukanlah mudah dan sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Selain itu filem ini juga memberi impak dari sudut pemikiran saya. Gaya permikiran yang positf perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, guru sementara tersebut berfikiran positif dengan sanggup menggalas tanggungjawab untuk mengajar Ishan tanpa bantuan dari guru lain. Pemikiran positif mampu mengubah sesuatu yang tidak baik kepada situasi yang lebih baik. Hal ini sedikit sebanyak telah mengajar saya bahawa pemikiran yang positif penting untuk membentuk sikap yang baik. Filem ini juga banyak memaparkan nilai-nilai positif yang ditunjukkan oleh guru sementara tersebut dan nilai positif ini seharusnya dijadikan contoh.





Thursday, January 3, 2013

Modul Membaca Pantas


Tema modul   : Membaca pantas
Nama aktiviti : ‘skimming  and scanning skill’
Masa                  :1 jam
Alatan               : Pensel, pen, bahan bacaan dan kertas A4
Objektif            : Setelah menjalani aktiviti ini pelajar akan   dapat:
      1.      Menjimatkan masa membaca
      2.       Menggambarkan isi kandungan bahan bacaan
Bahagian 1:Skimming

Langkah :
1.     Pelajar  dan fasilator akan duduk dalam bentuk bulatan.
2.    Fasilitator akan memberi penerangan mengenai teknik membaca secara pantas.
 3.  Aktiviti dimulakan dengan melakukan latihan otot mata.  Gerakkan bola mata dalam keadaan pejam ke atas dan ke bawah dan kemudian ke kiri dan ke kanan.
4. Kemudian, fasilitator akan menunjukkan cara melatih pheriperal mata.  Latihan ini memerlukan pelajar mengarahkan pandangan mata mengikut pergerakan jari telunjuk di depan mata.  Latihan ini dilakukan tanpa menggelengkan kepala.
5. Seterusnya pelajar akan membuat latihan penafasan dengan menarik nafas panjang dan menghembuskannya secara perlahan-lahan dalam keadaan postur badan yang tegak.
6.    Setelah menyelesaikan latihan yang diajarkan, pelajar akan diberikan bahan bacaan.
7.     Bahan bacaan tersebut akan dibahagikan kepada tiga lajur (columns).
8.    Pelajar dikehendaki membaca 3 perkataan sepintas lalu tanpa menyebut perkataan tersebut dan menggunakan jari sebagai penunjuk.
9. Kemudian pelajar digalakkan untuk menggandakan bilangan perkataan pada perenggan seterusnya.  Pergerakan jari haruslah sedikit laju dari pergerakan pada perenggan pertama.


Bahagian 2: Scanning
Langkah:
1.       Pelajar diminta untuk membaca petikan menggunakan teknik skimming yang telah dipelajari.
2.       Sambil membaca, pelajar perlu menggariskan isi penting yang terdapat dalam petikan tersebut.
3.       Pelajar juga diminta untuk memberikan perhatian kepada rajah atau grafik yang terdapat dalam bahan bacaan.
4.       Akhir sekali, pelajar diminta untuk merumuskan bahan bacaan tersebut.

Falsafah :
1.       Masa itu emas
2.       Teknik bacaan yang betul mampu menjimatkan masa serta membantu pelajar memilih kandungan yang bermakna.



    Hi..... Modul Membaca Pantas ni merupakan assignment aq bagi subjek  Kelompok Berstruktur. Masa mula dapat tajuk ni aq punya la stress sampai tak lalu makan, tak tidur, tak online fb semata-mata sebab pikir nak buat modul apa la dengan tajuk yang membosankan tu (AYAT MENGANDUNGI UNSUR PENIPUAN).Lepas dari tu try la jugak guna khidmat en.google mana taw boleh dapat modul yang best. Hasil pencarian selama beberapa hari dapat la sikit info yang boleh diselitkan dalam modul. tapi masalahnya modul ni membosankan. memang tido la ahli aq dalam sesi modul ni. CHOIIIIII....Tapi aq buat jugaklah draft modul ni berbekalkan ilmu yang ada.Dalam hati memang yakin draft ini pasti akan direject oleh Cik Faizura. setelah tiba hari dimana semua student kena tunjuk draft ni aq pon dengan hati yang gundah bawa la draft ni jumpa Cik Fai. Mula-mula draft ni tak nak ikut,tapi setelah aq slow talk dengan dia barulah dia sedar bahawa "manusia tak boleh lari dari masalah,oleh itu selesaikannya dengan cara paling berhemah". Guest what, sebenarnya draft modul yang aq buat tak kena reject pon. setelah Cik Fai baca draft yang aq buat tu beliau terima, cumanya kena buat penambahbaikan la supaya modul tu menjadi lebih bertamadun (ayat apekah?). lastly, selepas bertungkus lumus memerah otak untuk menghasilkan modul maka terhasillah modul seperti yang diatas..hahahaha. Memang seronok sangat dapat jalankan modul ni bersama ahli-ahli yang begitu sporting. Part paling best masa senaman otot mata. Mata masing-masing dah macam ape dah. Ada yang sampai pening (over jer ahli ni). Lepas ni ahli-ahli dalam kelompok ni semuanya akan dapat menguasai kemahiran membaca pantas sebab dah diajar oleh fasi yang sangat sopan dan lemah-lembut. Okies akhir sekali ucapan terima kasih diucapkan kepada Cik Fai sebab banyak bagi tunjuk ajar, tak lupa kepada rakan-rakan terutamanya ahli dalam modul Cik Maton TomeyCik SarasektobinCik Nani Cyg, Azimah, Wong , dan Hanizam sebab sudi bagi kerjasama.Lov u allz...

Gadis-gadis


Fasilitator terlebih gula

Saturday, December 8, 2012


Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan